Temuduga Terbuka Program TVET dan Diploma Kejururawatan Tajaan Penuh – SESI APRIL 2026
27 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Ahad, 26 April 2026 – NADI Bengoh telah menganjurkan satu Temuduga Terbuka Program TVET dan Diploma Kejururawatan Tajaan Penuh pada hari Ahad, dari pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang, bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang pendidikan dan kerjaya yang ditawarkan.
Program ini membuka peluang kepada para peserta untuk menghadiri sesi temuduga bagi pelbagai bidang TVET seperti pemasangan dan penyelenggaraan elektrik, servis diagnostik kenderaan ringan, perkhidmatan rangkaian komputer serta beberapa program kemahiran lain. Selain itu, turut ditawarkan peluang mengikuti Diploma Kejururawatan tajaan penuh kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan.
Seiring dengan program tersebut, NADI Bengoh turut mengadakan saringan kesihatan percuma kepada para peserta yang hadir bersama ahli keluarga mereka sebagai inisiatif meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti setempat. Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dalam merebut peluang pendidikan serta menjaga kesejahteraan kesihatan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: